1. Hanya menerima tetamu Muslim. Tetamu adalah terdiri daripada kaum keluarga yang mempunyai hubungan mahram atau kumpulan rakan yang sama jantina sahaja dibenarkan.
  2. Makanan dan minuman halal sahaja yang dibenarkan dibawa masuk ke premis penginapan. Minuman keras/alkohol tidak dibenarkan sama sekali termasuk dadah serta apa apa yang boleh diambil tindakan undang undang.
  3. Menjaga kebersihan dalam dan luar rumah. Buang sampah ke dalam bakul sampah dan tong sampah yang disediakan. Dilarang merokok/vaping di dalam kawasan rumah terutama bilik tidur Ayres Staycation. Merokok di luar kawasan rumah Sahaja dibenarkan. Merokok membahayakan Kesihatan.
  4. Menggunakan kemudahan yang disediakan di Ayres Staycation dengan cara berhemah dan tidak membazir. Tutup lampu, kipas dan aircond jika tidak digunakan. Menetapkan suhu aircond seperti disarankan.
  5. Meletakkan kenderaan dengan berhemah dan tidak mengganggu lalu lintas dan rumah jiran.
  6. Menjaga adab-adab kejiranan dan menghormati hak-hak penduduk tetap di taman perumahan. Jangan menganggu ketenteraman jiran sekeliling dengan membuat bising pada lewat malam (terutamanya waktu jam 12.00 malam ke atas ).
  7. Jangan tinggalkan barang berharga di dalam Ayres Staycation, pastikan pintu dan pagar dikunci apabila apabila meninggalkan rumah dalam tempoh penginapan. Pihak Ayres Staycation tidak akan bertanggungjawab ke atas kehilangan barang berharga anda semasa menginap di Ayres Staycation.
  8. Jangan buang sesuatu (terutama tuala wanita dan tisu) ke dalam mangkuk tandas untuk mengelakkannya dari tersumbat. Jaga kebersihan bersama.
  9. Laporkan sebarang kerosakan yang berlaku. Wang Deposit anda mungkin ditolak sebagai gantirugi kerosakan yang berlaku akibat kecuaian anda.
  10. Anggaplah Ayres Staycation ini umpama rumah anda sendiri. Harap anda meninggalkan rumah dalam keadaan baik seperti ketika anda masuk (check in) apabila anda keluar (check out).
  11. Diharap anda tidak mengubah kedudukan sebarang perabot dalam Ayres Staycation.
  12. Daftar masuk (check in) :  3.00 petang  Daftar keluar (check out)  12.00 tengah hari

Sila patuhi masa check out yang betul iaitu selewat-lewatnya 12.00 pm. Sila hubungi pemilik Ayres Staycation setengah jam sebelum check out. Anda boleh minta check out lewat dengan kadar caj tambahan RM50.00/sejam dengan syarat tiada tetamu pada hari berkenaan.

  1. Kaedah pembayaran adalah RM300.00 untuk deposit keselamatan. Bayaran penuh tempahan dibuat semasa tempahan dibuat bersama deposit keselamatan. Deposit keselamatan akan dipulangkan semula 24 jam selepas daftar keluar jika tiada kerosakan dan kehilangan ditemui. Deposit tidak akan dikembalikan jika anda membatalkan tempahan. Begitu juga jika anda mengurangkan tempoh penginapan seperti yang dijanjikan sebelumnya. (kami terpaksa mengambil langkah ini bagi mengelakkan kerugian).
  2. Jika terdapat pembatalan, pihak Ayres Staycation berhak mengenakan caj seperti berikut :
    • 14 hari dari tarikh masuk : 25% dari jumlah harga penginapan yang ditempah
    • 7 hari dari tarikh masuk : 50% dari jumlah harga bilik yang ditempah
    • 3 hari dari tarikh masuk: tiada pulangan yang akan dibuat.
  1. Sampah sarap mestilah dibersihkan & dimasukkan ke dalam tong sampah yang telah disediakan. Letakkan di luar pintu untuk dibuang oleh pengurusan Ayres Staycation. Kebersihan Amalan Mulia.
  2. Bilangan tetamu yang dibenarkan untuk menginap adalah 10-15 orang dewasa sahaja kerana kami menyediakan 5 buah bilik tidur sahaja.

*tertakluk pada terma dan syarat

Ini bertujuan untuk menjamin keselesaan para tetamu Ayres Staycation. Pihak kami tidak menerima           rombongan tetamu yang terlalu ramai contohnya rombongan sebuah bas atau rombongan 10                   buah  kereta kerana kami tidak mahu timbul sebarang masalah contohnya masalah keselesaan dan           masalah parking.

  1. Barangan perabot dan hiasan tidak dibenarkan dibawa keluar dari Ayres Staycation. Tetamu dimohon untuk tidak membuat kotor pada dinding dinding rumah Ayres Staycation. Jika berlaku tindakan ganti rugi akan dibuat melalui deposit keselamatan dan laporan polis akan dibuat jika berlaku kecurian.
  2. Pihak Ayres Staycation berhak membatalkan tempahan jika mendapati tetamu melanggar syarat yang ditetapkan sebelum daftar masuk.

Semoga anda memberi kerjasama ketika berada di Ayres Staycation. Pihak pengurusan Ayres Staycation berbesar hati menerima kunjungan anda.

COME AS A GUEST, LEAVE AS A FRIEND